Wednesday, August 29, 2007

Mengenal Intuisi (suara hati) anugerah Allah (Fasa 1)

Bayangkan jika anda benar-benar dapat menjalinkan hubungan dengan suatu kuasa yang lebih tinggi (Allah) dan mendapat bimbingan daripadanya untuk membuat keputusan yang betul dalam kehidupan, membimbing anda mencapai kejayaan dan kepuasan dalam hidup.

Semua orang berhak untuk mengecapi kejayaan, kebahagian dan kepuasan. Kita dilahirkan di dunia ini dengan mewarisi suatu amanah penting dan diberi sumber-sumber yang akan membantu kita untuk melaksanakan amanah itu dengan jayanya. tetapi, mengapa ramai yang gagal?

Kegagalan itu berpunca daripada keupayaan kita untuk menyedari potensi dan anugerah yang ada pada diri sendiri serta tidak memanfaatkannya pada jalan yang betul. Sebenarnya Allah telah menyediakan bantuan untuk mereka yang mahu mengenali diri mereka dan bergerak mengikut landasan yang telah disediakan. Kenapa ianya terjadi sedemikian ?

Pertama, kebanyakan daripada kita melakukan sesuatu mengikut apa yang mereka fikirkan "sepatutnya" mereka buat dan bukan apa yang telah diamanahkan kepada mereka.

Kedua, mereka cuba melaksanakan amanah itu dengan bergantung kepada "keupayaan sendiri yang sememangnya terbatas" dan bukannya mendapatkan bimbingan daripada Allah. Sebab itulah mereka tidak dapat menikmati kepuasan daripada sesuatu kejayaan.

Ketiga, sekalipun mereka mencapai kejayaan yang dicita-citakan, mereka masih tertanya-tanya apakah usaha mereka itu membuahkan hasil yang bermanfaat? Apakah segala kemewahan yang diperolehi berbaloi dengan pengorbanan yang telah dilakukan? mereka sering kecewa, keliru, dihimpit tekanan emosi dan sentiasa tidak menemui kepuasan dalam hidup.

Ramai yang bertanya-tanya, mungkinkah kita akan mendapat bantuan daripada kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah yang akan membimbing dan menunjukkan jalan kejayaan dalam kehidupan? Banyak daripada kita akan mendabik dada dengan menyatakan bahawa "kejayaan aku hari ini adalah kerana usaha aku sendiri, jika aku tidak berusaha aku tidak akan berada ke tahap ini." Mereka tidak sedar bahawa sejarah telah membuktikan bahawa tanpa bimbingan daripada Allah kejayaan yang mereka war-warkan itu sebenarnya menjurus mereka kepada kegagalan hakiki. Kuasa minda yang mereka perolehi hanya terbatas tanpa bimbingan Allah.

Saya telah menemui kuasa paling besar di dunia ini iaitu kuasa doa. Mukjizat yang paling tinggi yang dianugerahkan kepada kita adalah doa. malah Allah pernah menyebut dalam al-Quran supaya kita berdoa yang bermaksud : "berdoalah dan nescaya akan aku makbulkan doa hambaku ini'.

Jarang hambanya menyedari tentang pemberian Allah yang paling berkuasa ini. Hanya mereka yang benar-benar sedar akan kuasa doa itu akan menilainya dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah.

Saya tidak dapat menafikan kebesaran kuasa doa tersebut dalam kehidupan saya sendiri. Dengan berdoa sebenarnya kita telah melahirkan hubungan komunikasi dengan Allah. Kepercayaan kita terhadap setiap ketentuan Allah akan menjuruskan kita bergerak mengikut amanat yang telah ditentukan Allah.

Bagaimana kita dapat mengenalpasti segala tindakan dan pemikiran kita mendapat bimbingan dari Allah. Itulah dinamakan intuisi atau suara hati. Bagaimana kita mengenalpasti intuisi ini merupakan petunjuk daripada Allah ? Saya akan kupaskan dengan lebih lanjut tentang kuasa intuisi yang ada pada setiap insan dengan lebih lanjut pada article akan datang.

5 comments:

No longer valid said...

Subhanallah. Bagaimana puan bisa langsung menunjuk saya akan kelemahan utama yang tengah saya arungi? Kalau boleh saya pinjam istilah puan : Intuisi. Saya berani bilang kalau intuisi puan setajam pisau bedah yang langsung menghunjam ketengah jantung saya. Saya jadi bertanya kepada diri saya sendiri. Patutkah saya menyebut diri saya kounseler? Meskipun disebatas juring masalah gangguan emosi yang berujung kepada gangguan pisik dan psikis? Maaf, ternyata saya telah sombong karena saya bilang, observe saya sains semata, tidak mengandung unsur magis atau klenis. Padahal keduanya sarat dengan doa. Terima kasih, puan telah mengingatkan saya. Wassalam, aa-eman.

Shukree said...

Assalamualaikum, kak Arina apa khabar? Shueqry di sini.

Dalam ilmu kuasa minda dan spiritual, intuisi memang ada dalam diri setiap insan. Ia boleh dibangunkan, dilatih dan 'diterangkan' agar melihat apa yang tak nampak. Ia juga dipanggil mata hati atau deria keenam.

Ia lebih bersifat sukma rasa, lebih kepada naluri dan getaran emosi yg datang secara tiba-tiba. Namun, apa yang timbul di dalam hati segalanya datang dari Allah swt, yang baik dari DIA dan buruk dari syitan yang niatnya mahu memperlagakan manusia.

Suara hati atau kata hati ini memang ada, namun tak ramai yang menyedarinya. Ia dapat memandu kita dalam apa jua keadaan, situasi mahupun bila kita nak buat keputusan. Bila fikiran positif dan hati baik, kata hati dapat memberi panduan dengan berkesan.

Allah maha pengasih dan maha penyayang, sebab itu kita ada gerak intuisi ini, untuk menerima petunjuk dan hidayah darinya.

Namun, mata hati atau naluri ini akan jadi 'buta' jika hanya perasaan benci dan dendam yang memenuhi hati, lantas secara automatik menjauhkan kita dari menerima cahaya hidayah Allah swt.

Kejayaan datang dari Allah dan ia juga boleh ditarik bila-bila masa olehnya. Kejayaan berlaku dengan izin Allah selain kesan dari usaha kita sendiri.

Artikel yang membina dari kak Arina. Bersemangat saya membacanya, tq !

Unknown said...

Salam,

Terima kasih dan tahniah atas tulisan yang bagus.

Intuisi, instict, gerak hati atau ilham datangnya dari Allah. Lalu kita tidak boleh lari dari konsep usaha-doa-tawakal-redha & syukur. Nilai ini yang tiada dalam pemikiran barat.

No longer valid said...

Salam buat tuan Shueqry. Saya ber sepakat dengan opini tuan. Kuasa intuisi hanya datang daripada Allah SWT saja. Sebab kalau saya terpikir buat keperluan, selain daripada kemaslahatan ummat. Maka pikiran saya akan buntu, lantas intuisi akan buyar yang kalau dipaksakan hanya akan melahirkan hal2 yang tanpa karakter.
Sayangnya diujung upaya, saya masih sering diliputi keraguan. Adakah yang saya lakukan sudah benar? Saya takut sekali, kalau2 malahan timbul fitnah, akibat dari pada perbuatan saya. Padahal ada sebagian orang mengandalkannya.

Anonymous said...

Saya MulaiNya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah s.w.t.

[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

[8] Serta mengilhamkannya /perasaan /suara hati/bisikan hati (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih(Zikirullah) bertambah-tambah bersih(Sentiasa Berzikir,Sesaat Hatinya Tak lupakan Allah s.w.t.) (dengan iman dan amal kebajikan),

[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Surah Asy-sham Ayat 6-10

Oleh itu Hati yang Bersih Walaupun HEBAT bagaimana Pun Berkerjaanya,Dia akan Mula kan Bicaranya dengan Bismillah,Tapi sayangNya kita Hari ini,Banyak tulisan kita tak dimulai Dengan Nama Allah s.w.t.(Bismillah),Hatta dibuku sekolah dan dimana sahaja .

Tengok disana bertapa Banyak Kelebihan Bismillah yang Nabi Besar Kita s.a.w. Sabdakan,1 Nya,Bismillah akan membawa keberkatan / menafaat pada DIRI kita Dan umatnya yg lain,maybe disaat ini kita lupakan Allah s.w.t.

Sebab itu HujahTul Islam Iman Ghazali Pernah Berkata :

BERKATA IMAN AL-GHAZALI ,

JANGAN ENGKAU KATA " ALLAH MAHA BESAR "

' PADA HAL DI DALAM HATI KAMU MASIH LAGI ADA YANG LEBIH BESAR

DARINYA ."

Sama ada Dalam solat Kita atau Dalam Perkerjaan Seharian .

Ayat Al-Quran Pun yang Pertama Sekali Turun Kepada Baginda Kita Nabi Besar S.w.t.

Firman Allah S.w.t.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

[7] Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).

[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);

[10] Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?

Surah Al-Alaq 1- 10

Semoga Sama2 Kita Mendapat Hidayah,Pertunjuk Dan Mencurah2 ilham KurnianNya Yang Kita Syukuri,Dan dengan itu membuatKan kita hampir sehampir2Nya dengan sang Pencipta kita .

Tiada Hijab Hambanya Dengan Sang Pengcipta kiranya HATInya Benar2 Bersih dari Nifak,Prangsaka dan sebagaiNya dari sifat yang jelik .

Lailahaillah - Kalimah IMAN

MuhamadaRasullilah - Kalimah Amal

2 Kalimah ini bercantung jadiLah kita yang Allah s.w.t. kataKan Hai orang2 Yang Beriman .

Semoga sama2 Lah kita Mati dalam Beriman Atau IMAN pada Allah s.w.t....Amin.. Ya Rab'bal'a'lamin .

Firman Allah s.w.t.

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-Asr Ayat 1 - 3

Ingatan Ini Untuk ingatkan diri saya Sendiri dan sahabat2 yang disayangi /dikasihi dan Dicintai...yang BENAR itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang sebaliknya itu dari kelemahan Hamba2Nya .

Wal'lahhuak'lam .

Love ya .

salam
ZAWAWI .