Monday, October 19, 2009

Produk L Glutathione



Produk Whitening L Glutathione ini sebenarnya kak arina dah cuba dalam 5 bulan. Biasalah kan, namapun wanita, kecantikan itu memang idaman semua wanita. dan tak terkecuali kak arina juga.


Mula-mula bila kawan kak arina perkenalkan produk ini, was-was tu tetap ada, sebelum mencubanya kak arina, serach internet tentang apa itu glutathione, dari segi bahannya, halalnya, kesannya dan effect pada kulit jika digunakan secara berterusan.


Setelah yakin, barulah kak arina cuba.


Memang menakjubkan, dalam bulan pertama, parut2 jerawat mula hilang sedikit demi sedikit, kulit nampak bersih dari dulu. Dan bila masuk bulan ke 2, kulit mula cerah. Kak arina tak perasan juga. yang perasannya suami mula tegur, katanya kulit nampak halus, cerah sikit dan gebu.


Bila dengar suami puji tu, hai biasalah kan terangkat sikit. Dan alhamdulillah setelah kak arina gunakan hingga sekarang sudah 5 bulan. Memang luar biasa. Kulit mula cerah, licin dan putih dari dulu, kawan2 semua tegur, apa rahsianya.


So kak arinapun inginlah berkongsi kepada semua yang berminat untuk tampil cerah, putih dan gebu. Di sini juga kak arina buktikan dengan gambar terbaru kak arina. Memang semua kawan2 puji. Heheee....terangkatlah sikit....
Bagi kawan2 yang berminat untuk tampil lebih cantik, menawan, cerah dan gebu dari kak arina, bolehlah cuba produk ini.
Produk ini sebenarnya datang dari Philipine, tapi telah mendapat pengesahan halal kerana ianya berasaskan tumbuhan2.
Pengambilannya :
2 biji sehari - pagi sekali dan malam sekali setengah jam sebelum makan.
Jika ingin lebih cepat perubahannya boleh diambil dengan vitamin C. 1 biji vitamin C 500mg dengan 1 biji gluta waktu pagi setengah jam sebelum sarapan. dan juga 1 biji vitamin C dan 1 biji gluta pada waktu malam.
Insyakallah kesannya dapat dilihat dalam masa sebulan. Jerawat akan hilang, parut2 jerawat akan kurang, muka akan lebih cerah dan licin. Kesan pada kulit seluruh badan akan nampak dalam masa 2 bulan.
Lepas tu, semua kawan2 kak arina akan mengalahkan artis. Kulit tampil cerah, gebu, putih dan licin.
1 bottle ada 60 pils ( 1 bulan penggunaan)
Harganya RM160.
3 bottle harganya RM400 penjimatan RM80.
Boleh contact kak arina di aniraanil@yahoo.com untuk order by post laju.
Atau cal kak arina di talian 0192837335 untuk sebarang pertanyaan.


Thursday, July 10, 2008

Terpedaya dengan Rangkaian Sosial Online

(Penulisan kak arina di blog kedaikopi)
Myspace, tagged, friendster dan pelbagai lagi tools yang digunakan di internet bagi memudahkan hubungan komunikasi secara online di seluruh dunia. Malah ianya sudah mencapai jutaan pengujung dan keahlian yang tinggi. Tidak banyak kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu tentang kesan dan akibat nyata dari sebuah laman web rangkaian sosial ini.

Seperti mana yang kita maklum, laman web rangkaian hubungan social ini dibangunkan untuk memberikan perkhidmatan kepada penggunanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain seperti di dalam negara ataupun di luar negara, membenarkan mencari rakan dari serata dunia, bertukar-tukar maklumat dan pendapat, dan membenarkan penggunanya mengenali lebih rapat dengan dunia internet.

Namun perkhidmatan ini sekarang sudah disalahgunakan oleh kebanyakan daripada remaja kita untuk tujuan lain yang pastinya akan membawa kepada salah laku yang buruk. Antaranya melalui penyebaran gambar lucah.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Tagged, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu. Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.Antara kes yang berlaku di Malaysia baru-baru ini adalah kes seorang lelaki yang diugut oleh seorang wanita melalui gambar bogelnya yang dirakam sewaktu mereka berbual secara online. Tidak kira mangsanya wanita, mahupun lelaki, kes ugutan secara online ini semakin berleluasa. Mungkin statistik sebenarnya tidak dapat diperolehi kerana mangsa tidak berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis.

Sebenarnya, saya yakin bahawa ramai remaja kita sudah terpedaya dengan tipu helah yang digunakan oleh golongan-golongan tertentu yang menunggu mangsa di rangkaian hubungan sosal ini. Namun kerana takut dan malu untuk membuat laporan polis, maka kes ini dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak. “Gadis remaja dan kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah diperdaya’ berbanding golongan dewasa yang lebih matang. Beberapa kes yang melibatkan gadis remaja dirogol dan diperdaya oleh lelaki melalui internet telah ada di Malaysia. Selain daripada itu, ugutan juga digunakan untuk memaksa mangsa mengikut kehendak mereka.

Golongan dewasa juga tidak terlepas dari menjadi sasaran mereka, terutama golongan wanita yang sudah berumur, berkerjaya dan professional. Mereka ini akan diumpan dengan pelbagai bahasa pujukan dan pujian yang akhirnya memerangkap mereka. Kebanyakan daripada mangsa golongan ini adalah wanita yang diugut setelah mempamerkan gambar bogel atau separuh bogel mereka setelah dipujuk rayu.

Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang. Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Tuesday, May 20, 2008

Guru, Sejauh Mana Boleh Berlari ?

Kita baru sahaja menyambut hari guru pada 16 Mei lepas, kemeriahannya masih lagi hangat dan membara dengan pengiktirafan-pengiktirafan yang diberikan kepada golongan pendidik bagi meningkatkan profesionalisma perguruan negara. Ketika dunia menyaksikan persaingan sengit dalam usaha meningkatkan kemajuan dan peradaban manusia. Pendidikan insaniah mula dititik beratkan sebagai satu modal insan yang dinamik. Garis pengukuran pencapaian dalam pendidikan dijadikan sebagai satu ukuran menentukan pembangunan sesebuah negara.

Peranan guru masa kini, tidak boleh tidak, kita harus terima hakikatnya bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh para pendidik bukan setakat memberikan ilmu pengetahuan semata-mata. tetapi adalah sebagai pendidik yang memberi sumbangan untuk melahirkan warganegara yang memiliki nilai-nilai kemanusiaan bersifat universal. Falsafah Pendikan Negara dengan jelas menerangkan konsep modal insan yang sepatutnya dipupuk dan dibentuk mengikut acuan yang diberikan. Di sinilah kejayaan sebenar guru di mana anak-anak muridnya keluar dari sekolah sebagai manusia yang mampu bukan saja berdikari untuk mencari rezeki tetapi juga memiliki kesedaran moral untuk memperjuangkan kebenaran dan melaksanakan keadilan.

Namun, kenapa hasrat murni mendidik ini dimatikan? Digali dan ditanam agar baunya tidak akan menyelubungi bumi. Begitukah yang dikehendaki oleh masyarakat sekarang ? Jika itu yang dikehendaki oleh masyarakat. Pasti para pendidik selepas ini akan mengajar dan bukan mendidik kerana mendidik tidak diperlukan lagi. Pendidik hanya akan melaksanakan tugas mengajar dan mendidik pelajar bukan lagi tugas mereka. Maka Pendidik kita tukarkan kepada pengajar kerana istilah mengajar menjurus kepada memberikan maklumat atau infomasi daripada tidak tahu apa itu ABC kepada tahu apa itu sejarah dan apa itu sains dan teknologi.

Sungguh menyayat hati apabila membaca akhbar hari ini. Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini. Lebih memeritkan apabila dia terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis.

Penggunaan kuasa sewenang-wenangnya terhadap seorang pendidik hanya bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkannya. Mungkin sudah biasa menggunakan kuasa atau sudah selalu menyalahgunakan kuasa, maka anggota polis boleh bertindak sewenang-wenangnya. Hebatnya pasukan polis kita. Itulah yang terjadi di negara kita, Malaysia. Negara yang kita cinta. Tidak payah kita membongkarkan tentang penyalahgunaan kuasa ini, kerana ianya semakin menjijikkan. Mungkin zaman ini zaman menunjukkan KUASA agaknya.

Celaru dan memang celaru. Kecelaruan masih bermain difikiran tentang tugas-tugas rasmi anggota polis sama ada tidak faham atau taat membuta-tuli sehinggakan tidak dapat membezakan di antara tugas-tugas rasmi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dengan tugas -tugas yang diarahkan oleh orang yang ada KUASA. Tugas Polis kini bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman tetapi lebih kepada menjaga kepentingan orang tertentu dan mengambil tindakan keras dan ganas terhadap sesiapa sahaja atas arahan orang yang ber KUASA.
Ke mana guruku pergi, ke mana guruku harus berlari. Namun tugas guru akan ku teruskan jua, demi bangsa, agama dan negara. Jangan takut wahai guruku, perjuanganmu harus diteruskan kerana amanah itu satu tanggungjawab dan tanggungjawab adalah tuntutan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Amin...
Moga sambutan hari guru kali ini akan membakar semangat mu guru untuk terus berjuang.

Tuesday, January 15, 2008

Ekperimen Cacing

Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid-murid.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam minuman arak. Perhatikan betul-betul.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikaji tersebut.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

" UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DALAM PERUT...MINUMLAH ARAK…"

Pengajaran : "Cakap biar terang",
bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Friday, January 4, 2008

Kisah Guru Tadika

Kisah ini saya translatekan dari sebuah kisah yang saya terbaca di dalam satu website. Ianya menarik dan mari kita renung-renungkannya.

Kisah seorang guru di sebuah negara di Amerika yang tidak percaya wujudnya tuhan. Dia berfikir bagaimana hendak brain wash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya ujudnya tuhan di muka bumi ini. Baca dialog di bawah ini.

Guru tadika : Anak-anak nampak pen ini?
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poketnya dan bertanya lagi.

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak-anak : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak-anak : tak ada cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak-budak itu berjaya.Tetapi dalam banyak-banyak kanak-kanak itu ada seorang kanak-kanak yang agak pintar. lalu ia mengangkat tangan dan berkata,

Kanak-kanak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.

Kanak-kanak itupun berjalan ke hadapan kelas dan berdiri betul-betul di sebelah guru tadikanya lalu ia berkata,

Kanak-kanak A : kawan-kawan nampak cikgu tak.
Kawan2 : nampak.
Kanak-kanak A : cikgu ada! kan?
Kawan2 : ada.
Kanak-kanak A : kawan2 nampk otak cikgu tak?
Kawan2 : tak nampak.
Kanak-kanak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak ada.

Renung-renungkan laa.....