Saturday, September 1, 2007

Kuasa Intuisi Bimbingan Allah (Fasa2)

Intuisi sebenarnya sudah ujud sejak azali lagi apabila setiap insan dilahirkan di muka bumi ini. Arristotle dan Emul Kant pakar psikologi terkenal telah membincangkan tentang intuisi ini dengan mendalam dalam buku-buku beliau. Malah Jose Silwa dan Steven Covey juga ada menerangkan tentang wujudkan kuasa tertinggi yang membimbing manusia melalui intuisi.


Intuisi dan bisikan hati berbeza. Pelbagai istilah tentang intuisi ini telah diperdebatkan oleh pakar-pakar psikologis Sama ada intuisi itu merupakan suara hati, bisikan hati atau gerak hati. Namun di sini apa yang ingin saya bimcangkan adalah tentang intuisi atau lebih dikenali sebagai “instinct” atau gerak hati. Intuisi adalah gerak hati spontan dan bukannya bisikan suara halus atau suara hati yang bermain-main di minda. Bagi memperjelaskan dengan lebih lanjut lagi perbezaan intuisi dan suara hati saya akan berikan contohnya di sini.

Katakan anda ingin keluar rumah menaiki kereta, gerak hati anda macam rasa berat tetapi memikirkan perlu juga memberi barangan dapur maka anda terus mengambil kunci kereta dan keluar. Dalam perjalanan anda di tahan polis kerana anda terlupa menghidupkan lesen kereta. Anda akan menyatakan “ patutlah rasa berat nak keluar”.

Contoh ke dua, anda keluar rumah seperti biasa ke tempat kerja selalunya mengunci pintu sahaja dan tidak memasang mangga kunci tapi hari ini anda tergerak hati untuk memasang mangga. Selepas pulang dari kerja anda dapati pintu rumah sudah dikopak orang namun disebabkan anda memasang mangga pagi tadi maka pemceroboh yang cuba memasuki rumah anda tidak berjaya lalu anda menyatakan “ Nasib baik pagi tadi tergerak hati nak pasang mangga”

Saya rasa semua orang pernah mengalami situasi sedemikian. Siri kejadian secara kebetulan ini kadang-kadang berlaku bukan sekali malah berlaku berkali-kali dalam kehidupan anda termasuk saya. Dan saya menganggapnya bukan satu kejadian secara kebetulan tetapi ada hubungannya dengan suatu kuasa kudus dalam kehidupan kita. Semua kejadian kebetulan yang berlaku itu memberikan pengesahan bahawa wujudnya kuasa Allah yang membimbing kita. Saya percaya bahawa kejadian yang berlaku adalah di luar dugaan dan mendatangkan kesan buruk atau baik tetapi kejadian yang berlaku di luar dugaan itu memberi kesan yang baik di mana suatu kebetulan yang membuktikan kewujudan Allah di sisi kita.

Ramai orang yang mengakui mempunyai kuasa dan kebolehan meramal melalui gerak hati dan mereka mencapai kejayaan yang tinggi dalam kehidupan masing-masing sekalipun ada yang berpura-pura mengakui memiliki gerak hati yang tepat. Kenapa kita ada gerak hati? Siapa yang mengerakkan hati dan mengetuk minda anda untuk bertindak sedemikian ?

Bagaimana anda ingin memastikan bahawa gerak hati ini datangnya daripada bimbingan Allah? Apakah Allah boleh membantu kita mengecapi kehidupan yang baik dan mendapat segala yang dikehendaki melalui panduan dan bimbingannya? Jika kita ingin mendapat bimbingan daripada Allah untuk membantu kita maka kita mesti bersedia mematuhi segala yang disuruh.

3 comments:

Gelombang Rakyat said...

Menarik sungguh posting anda ini. Intuisi dalam bahasa terjemahan ialah daripada Intuition. Kurang menyengat - macam pencil dan pensil. cuba Qalam! Terbuka pintu langit luasnya. Dalam bahasa kita, Intuisi ini sebenarnya ialah Resa. Perbezaan di sini ialah Intuisi dan Suara Hati. Lebih molek perbezaan di antara Rasa dan Resa. Di blog saya, ada *diagram* maklumat berharga berkaitan dengan 16 deria manusia, di sekolah di sebut 5 atau 5 campur 1. Sebenarnya minima 16, ada lebih lagi deria manusia anugerah Allah yang belum kita teroka. Kemudian *invisible force,* yakni kuasa ghaib. Terdapat sebutannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5. Kembali kepada *diagram* di dalamnya didapati melebih 3 trillion forsa ghaib, yang Allah perentahkan supaya sujud kepada Adam. Ertinya apa yang diketahui sebagai Malaikat senantiasa berperanan supaya kita dipelihara Allah. Tugas ini merekalah yang melaksanakannya. Lantaran resa atau disebut di sini Intuisi adalah anugerah besar nilai dan harganya. Mahukah kita memanfaatkannya. Saya pilih untuk begitu, memanfaatkannya sepenuhnya. *Diagram* ada di sini, percuma kajian saya sejak 1978.
http://infozublizainordin.wordpress.com/tag/zubli-zainordin-diagram-of-discoveries/
Dah jumpa, klik *The Total View* jumpalah *diagram*.

No longer valid said...

Salam. Seminggu yang lalu, di www.duadunia.net saya ada tulis pengalaman pribadi berjudul "Klo di Tangerang, eling lan waspada," Sejam sebelumnya peristiwa itu terjadi, hati saya bergetar dengan irama jantung yang berdegup. Kata hati saya mengingatkan, bakal ada peristiwa yang membingungkann. Saya sudah sarankan kepada yang terkasih saya, untuk batalkan perjalanan, lalu pulang ke rumah masing2. Tapi teman saya memanja, ingin banyak berbincang sambil raun2. Akhirnya kami masuk perangkap orang2 dholim yang memeras kami, sambil mengancam buat rusakkan karakter kami.

Hal yang sama, saya alami sewaktu saya memenuhi permintaan puan, puan Waliz dan tuan Logan, buat menganalisa karakter dari photo.
Saya menatapinya barang beberapa saat, lalu di angan saya timbul idea apa yang harus saya tuliskan. Subhanallah. Saya sama sekali masih bukan orang pandai. Namun saya semakin percaya akan hadirnya intuisi, di dalam kehidupan hati.

Oleh karenanya terhadap petunjuk puan ini, saya tak kurang2 dahaga, buat beroleh tambahan ilmu pengetahuan, buat mempertajam intuisi agar bisa membantu ummat secara lebih baik lagi. Insyallah.

Anonymous said...

Pada pemahaman saya, intuisi, sukma rasa mahupun gerak hati, adalah deria keenam. Ia kuasa psikik level rendah yang ada pada setiap orang, cuma levelnya saja yang berbeza-beza.

Melalui intuisi, kita boleh 'merasa' sesuatu sebelum ia terjadi, 'berkomunikasi' dengan seseorang dari jauh dan berhubung dengan alam lain hanya melalui gerak hati. Ini memerlukan latihan dan pengamalan tertentu, namun ia boleh dipelajari dan dikuasai langkah demi langkah.

Menarik artikel kali ini :)

Santapan minda dan sumber inspirasi pada yang memerlukan.

- Shueqry -