|
Wednesday, December 26, 2007
Mengenal keaiban-keaiban Diri
Posted by Elmy at 12/26/2007 0 comments
Labels:motivation, education Personaliti
Thursday, December 6, 2007
Kenali Diri Anda
Posted by Elmy at 12/06/2007 2 comments
Labels:motivation, education Penjana Minda, Personaliti
Tuesday, December 4, 2007
Sejauhmana kita menggunakan AKAL ?
Adakah dengan membaca setiap hari sudah menunjukkan kita menggunakan akal? Adakah menghafal setiap teori, falsafah dan prinsip sebagai landasan menunjukkan kita sudah mengunakan akal ? Lulus peperiksaan dengan cemerlang, memperolehi gred yang baik dan mengengam segulung ijazah sudah membuktikan kita menggunakan akal? Sejauhmana kita menggunakan akal dalam kehidupan kita? Apa bezanya orang berakal dan berilmu? Dan apa bezanya akal manusia dengan akal binatang?Kajian saintifik tentang akal banyak dilakukan oleh para sarjana dan tokoh terkemuka, Malah tokoh-tokoh barat berjaya membuktikan bahawa binatang juga menggunakan akal dalam keadaan-keadaan tertentu. Anjing dan monyet digunakan untuk dilatih dan didik secara pelaziman menunjukkan respon yang positif terhadap hasil pembelajaran. Adakah hasil pembelajaran tersebut sudah membuktikan bahawa ujudnya pembelajaran kerana pengaruh akal? Sebenarnya jika mengikut kajian, manusia hanya menggunakan akal mereka tidak sampai 10% daripada kapasitinya yang sebenar. Membaca, menghafal, mengingat, memahami, mengetahui tidak tergolong dalam penggunaan akal. Ianya lebih kepada menjana ilmu pengetahuan. Orang yang berilmu pengetahuan tetapi tidak menggunakan akal seperti menuang air di daun keladi. Itulah yang sedang kita hadapi kini, kebanyakkan daripada kita mempelajari ilmu hanya pada permukaan kulit sahaja. Sebab itulah ilmu kita hanya sia-sia. Kenapa setiap tahun ada sahaja para siswazah kita menganggur hingga mencapai puluhan ribu. Tidakkah ilmu itu dapat membantu mereka? Itulah kesannya apabila ilmu yang dituntut bukan dengan niat mulia tetapi bertunjangkan materialistik semata-mata. Jika ilmu dan akal disatukan, maka nescaya ianya mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Apakah istimewanya manusia yang dianugerahkan akal? Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu, akal yang bersifat positif jika diarahkan untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina. Al-Quran menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaan-Nya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepada-Nya, contohnya : Penciptaan buah-buahan dan segala apa yang ada di dunia adalah untuk mereka yang memikirkan dan suka menggunakan akal. Akal fikiran merupakan anugerah Allah s.w.t yang paling utama kepada manusia, kriteria terpenting yang membezakan mereka daripada makhluk selainnya. Akal adalah neraca dalam menentukan kebaikan dan keburukan. Keistimewaan inilah yang menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah s.w.t yang tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang. Kebahagiaan dan kesengsaraan abadi manusia di hari akhirat turut ditentukan oleh penilaian dan kebijaksanaan akalnya. Pengakuan yang dikemukakan oleh penghuni neraka begitu jelas menggambarkan realiti ini. Mereka berkata; Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka, surah al-Mulk, ayat 10. Menerusi akal, manusia berpeluang meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat. Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka, surah al-Imran, ayat 190. Demikian juga kita dapat melihat pandangan Islam yang begitu tinggi terhadap penggunaan akal fikiran yang membawa kepada perkembangan sains dan teknologi. Menurut Imam al-Ghazali juga sumber ilmu juga dapat dicapai dan diperolehi melalui akal, dimana akal itu hendaklah diarah kepada pemikiran atau fitrah akal yang positif hendaklah digunakan untuk mengkaji, berfikir dan memahami sesuatu hingga menghasilkan pengetahuan, sama ada berbentuk pengalaman atau ilmu itu sendiri. Maka di sini jelas bahawa, akal digunakan untuk berfikir bagi menjana ilmu baru, menyelesaikan masalah, mengabungkan sumber pengetahuan dan membentuk idea, membuat analisis, menilai dan mengambil tindakan. Sumber ilmu boleh didapati dengan belajar dan membuat kajian. Imam al-Ghazali menambah lagi, binatang yang tidak berakal boleh dibentuk dan dididik, apatah lagi manusia yang waras dan berakal itu. Oleh itu anugerah akal merupakan sesuatu nikmat dan rahmat yang besar. Lantaran akal adalah amanah seperti nikmat lain. Islam melarang keras perbuatan merosakkan kawarasan akal. Sebagai rumusan, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, akal memerlukan dalil, Bertaqlid tanpa menggunakan akal adalah satu kebodohan manakala menggunakan akal sahaja tanpa wahyu Ila’hi dan sunnah nabi adalah satu penipuan. Justeru itu akal mesti digabungkan dengan ilmu penetahuan, kerana ilmu pengetahuan seumpama makanan dan akal umpama ubat. |
Posted by Elmy at 12/04/2007 0 comments
Labels:motivation, education Penjana Minda
Friday, November 23, 2007
Yang Jelas Yang Nyata
|
Posted by Elmy at 11/23/2007 1 comments
Labels:motivation, education Renungan
Wednesday, November 14, 2007
Guruku
Guru atau istilah lainnya adalah pendidik, pengajar, cikgu, mentor dan juga disebut sebagai tutor merupakan istilah yang digunakan kepada penyebar, penyampai ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal. Dalam definisi yang lebih luas, setiap orang yang mengajarkan suatu hal yang baru dapat juga dianggap seorang guru. Penghormatan terhadap seorang guru sangat tinggi, malah dalam setiap agama di dunia ini meletakkan taraf guru di tempat yang sewajarnya mereka perlu dihormati dan disanjungi. Peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar, pendidikan dan ilmu semakin berkembang maju, arus perubahan teknologi pendidikan memaksa guru berlari bersama agar selaras dengan kehendak negara. Pendidikan berorentasikan kecemerlangan bangsa mengikut Falsafah Pendidikan Negara menjadi tunjang utama dalam mensasarkan pelajar berkembang secara seimbang dari pelbagai sudut. Dan dalam masa yang sama, pembangunan ini seperti terencat dengan palbagai masalah sosial, gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda anak didik kita sehingga ianya menjadi satu tanda tanya, di manakah letakkan kesalahan dan kelemahan sistem pendidikan sekarang. Adakah Keseimbangan Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi yang diwawarkan dalam Falsafah Pendidikan Negara tercapai. Setiap bahagian, cawangan, kementerian dan masyarakat sekeliling mengharapkan kualiti pendidik anak bangsa, pelbagai aktiviti-aktiviti dilaksanakan, sama ada peringkat sekolah, daerah mahupun peringkat yang lebih tinggi. Namun perkara yang lebih utama yang harus difokuskan ialah Guru. Kerana guru merupakan pedamping murid yang paling dekat. Baik guru, baiklah muridnya. Keberkatan guru akan turunlah keberkatan pada anak didiknya. Kenapa kita perlu pergi jauh, sedangkan yang paling dekat dan berada di depan mata ialah guru. Pelbagai kursus disertai oleh guru dalam memantapkan ilmu pendidikan, malah setiap tahun guru dihantar bagi mengemaskinikan pengetahuan agar tidak lari dari arus pendidikan terkini. Namun seperti ada kekurangannya, dalam masa kita mengejar kelajuan teknologi pendidikan, kita lupa pada kemantapan rohani dan emosi guru. Adakah selama ini, kursus kemantapan rohani dan emosi guru diambil kira dalam agenda kursus yang diikuti oleh guru? Setakat mendidik dengan ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi jika tidak diseimbangkan dengan kemantapan rohani dan emosi. Jika falsafah pendidikan mensasarkan keseimbangan, maka guru juga perlu diseimbangkan dengan pengetahuan, kerohanian, emosi dan jasmani. Jika salah satu pincang, maka kegagalan melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan seimbang jangan ditunding ke arah guru. Guru perlu mempunyai ilmu dan dalam masa yang sama pengisian ilmu kerohanian perlu agar mereka dapat menyampaikan ilmu dengan hati, perasaan, keperihatinan, kemuliaan dan kecintaan. Jangan jadi guru seperti robot yang tidak mempunyai hati dan perasaan, mengajar mengikut arahan, rigid terhadap ilmu pengetahuan semata-mata dan lupa kepada keperluan emosi dan rohani pelajar. Guru yang kabur tentang hakikat dan tujuan sebenar dirinya mendidik hanya mencurahkan aspirasi dan khayalan yang tidak berteraskan nilai dan norma kemanusiaan. Mereka mendidik untuk membina intelektual yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai- nilai ini perlu ditekankan untuk kesejahteraan. Apabila guru dibekalkan dengan kemantapan nilai-nilai, kesedaran. dan komitmen terhadap dunia pendidikan, barulah lahirnya kesimbangan dunia pendidikan. |
Posted by Elmy at 11/14/2007 1 comments
Labels:motivation, education education
Subscribe to:
Posts (Atom)


