Intuisi sebenarnya sudah ujud sejak azali lagi apabila setiap insan dilahirkan di muka bumi ini. Arristotle dan Emul Kant pakar psikologi terkenal telah membincangkan tentang intuisi ini dengan mendalam dalam buku-buku beliau. Malah Jose Silwa dan Steven Covey juga ada menerangkan tentang wujudkan kuasa tertinggi yang membimbing manusia melalui intuisi.
Intuisi dan bisikan hati berbeza. Pelbagai istilah tentang intuisi ini telah diperdebatkan oleh pakar-pakar psikologis Sama ada intuisi itu merupakan suara hati, bisikan hati atau gerak hati. Namun di sini apa yang ingin saya bimcangkan adalah tentang intuisi atau lebih dikenali sebagai “instinct” atau gerak hati. Intuisi adalah gerak hati spontan dan bukannya bisikan suara halus atau suara hati yang bermain-main di minda. Bagi memperjelaskan dengan lebih lanjut lagi perbezaan intuisi dan suara hati saya akan berikan contohnya di sini.
Katakan anda ingin keluar rumah menaiki kereta, gerak hati anda macam rasa berat tetapi memikirkan perlu juga memberi barangan dapur maka anda terus mengambil kunci kereta dan keluar. Dalam perjalanan anda di tahan polis kerana anda terlupa menghidupkan lesen kereta. Anda akan menyatakan “ patutlah rasa berat nak keluar”.
Contoh ke dua, anda keluar rumah seperti biasa ke tempat kerja selalunya mengunci pintu sahaja dan tidak memasang mangga kunci tapi hari ini anda tergerak hati untuk memasang mangga. Selepas pulang dari kerja anda dapati pintu rumah sudah dikopak orang namun disebabkan anda memasang mangga pagi tadi maka pemceroboh yang cuba memasuki rumah anda tidak berjaya lalu anda menyatakan “ Nasib baik pagi tadi tergerak hati nak pasang mangga”
Saya rasa semua orang pernah mengalami situasi sedemikian. Siri kejadian secara kebetulan ini kadang-kadang berlaku bukan sekali malah berlaku berkali-kali dalam kehidupan anda termasuk saya. Dan saya menganggapnya bukan satu kejadian secara kebetulan tetapi ada hubungannya dengan suatu kuasa kudus dalam kehidupan kita. Semua kejadian kebetulan yang berlaku itu memberikan pengesahan bahawa wujudnya kuasa Allah yang membimbing kita. Saya percaya bahawa kejadian yang berlaku adalah di luar dugaan dan mendatangkan kesan buruk atau baik tetapi kejadian yang berlaku di luar dugaan itu memberi kesan yang baik di mana suatu kebetulan yang membuktikan kewujudan Allah di sisi kita.
Ramai orang yang mengakui mempunyai kuasa dan kebolehan meramal melalui gerak hati dan mereka mencapai kejayaan yang tinggi dalam kehidupan masing-masing sekalipun ada yang berpura-pura mengakui memiliki gerak hati yang tepat. Kenapa kita ada gerak hati? Siapa yang mengerakkan hati dan mengetuk minda anda untuk bertindak sedemikian ?
Bagaimana anda ingin memastikan bahawa gerak hati ini datangnya daripada bimbingan Allah? Apakah Allah boleh membantu kita mengecapi kehidupan yang baik dan mendapat segala yang dikehendaki melalui panduan dan bimbingannya? Jika kita ingin mendapat bimbingan daripada Allah untuk membantu kita maka kita mesti bersedia mematuhi segala yang disuruh. |