Bayangkan jika anda benar-benar dapat menjalinkan hubungan dengan suatu kuasa yang lebih tinggi (Allah) dan mendapat bimbingan daripadanya untuk membuat keputusan yang betul dalam kehidupan, membimbing anda mencapai kejayaan dan kepuasan dalam hidup.
Semua orang berhak untuk mengecapi kejayaan, kebahagian dan kepuasan. Kita dilahirkan di dunia ini dengan mewarisi suatu amanah penting dan diberi sumber-sumber yang akan membantu kita untuk melaksanakan amanah itu dengan jayanya. tetapi, mengapa ramai yang gagal?
Kegagalan itu berpunca daripada keupayaan kita untuk menyedari potensi dan anugerah yang ada pada diri sendiri serta tidak memanfaatkannya pada jalan yang betul. Sebenarnya Allah telah menyediakan bantuan untuk mereka yang mahu mengenali diri mereka dan bergerak mengikut landasan yang telah disediakan. Kenapa ianya terjadi sedemikian ?
Pertama, kebanyakan daripada kita melakukan sesuatu mengikut apa yang mereka fikirkan "sepatutnya" mereka buat dan bukan apa yang telah diamanahkan kepada mereka.
Kedua, mereka cuba melaksanakan amanah itu dengan bergantung kepada "keupayaan sendiri yang sememangnya terbatas" dan bukannya mendapatkan bimbingan daripada Allah. Sebab itulah mereka tidak dapat menikmati kepuasan daripada sesuatu kejayaan.
Ketiga, sekalipun mereka mencapai kejayaan yang dicita-citakan, mereka masih tertanya-tanya apakah usaha mereka itu membuahkan hasil yang bermanfaat? Apakah segala kemewahan yang diperolehi berbaloi dengan pengorbanan yang telah dilakukan? mereka sering kecewa, keliru, dihimpit tekanan emosi dan sentiasa tidak menemui kepuasan dalam hidup.
Ramai yang bertanya-tanya, mungkinkah kita akan mendapat bantuan daripada kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah yang akan membimbing dan menunjukkan jalan kejayaan dalam kehidupan? Banyak daripada kita akan mendabik dada dengan menyatakan bahawa "kejayaan aku hari ini adalah kerana usaha aku sendiri, jika aku tidak berusaha aku tidak akan berada ke tahap ini." Mereka tidak sedar bahawa sejarah telah membuktikan bahawa tanpa bimbingan daripada Allah kejayaan yang mereka war-warkan itu sebenarnya menjurus mereka kepada kegagalan hakiki. Kuasa minda yang mereka perolehi hanya terbatas tanpa bimbingan Allah.
Saya telah menemui kuasa paling besar di dunia ini iaitu kuasa doa. Mukjizat yang paling tinggi yang dianugerahkan kepada kita adalah doa. malah Allah pernah menyebut dalam al-Quran supaya kita berdoa yang bermaksud : "berdoalah dan nescaya akan aku makbulkan doa hambaku ini'.
Jarang hambanya menyedari tentang pemberian Allah yang paling berkuasa ini. Hanya mereka yang benar-benar sedar akan kuasa doa itu akan menilainya dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah.
Saya tidak dapat menafikan kebesaran kuasa doa tersebut dalam kehidupan saya sendiri. Dengan berdoa sebenarnya kita telah melahirkan hubungan komunikasi dengan Allah. Kepercayaan kita terhadap setiap ketentuan Allah akan menjuruskan kita bergerak mengikut amanat yang telah ditentukan Allah.
Bagaimana kita dapat mengenalpasti segala tindakan dan pemikiran kita mendapat bimbingan dari Allah. Itulah dinamakan intuisi atau suara hati. Bagaimana kita mengenalpasti intuisi ini merupakan petunjuk daripada Allah ? Saya akan kupaskan dengan lebih lanjut tentang kuasa intuisi yang ada pada setiap insan dengan lebih lanjut pada article akan datang. |