Monday, November 16, 2009

Wang dan Guru atau Guru dan Wang ?

Salam kawan-kawan Kak Arina,

Hari ini Kak Arina ingin kongsikan satu dialog antara Kak Arina dan kawan-kawan di sekolah.

Jomm......

Kak Arina : Ekonomi sekarang ini semakin meruncing kan, kerajaan kita jenuh pusing sana, pusing sini sampai BONUS RM500 bayar 2 kali.
Guru A : Itu kira ok lagilah, RM500 bayar 2 kali, jika dia bagi RM100 bayar ansuran 10 kali macam mana? daripada tak dapat langsung, kira ok la tu....WANG EHSAN...
Kak Arina : Bagaimana agaknya jika kerajaan tak dapat bayar gaji kita satu hari nanti akibat kemelesetan ekonomi,engkau nak terus mengajar ke?
Guru B : Apalah engkau ni Arina, buat apa nak tunggu, nak makan pasir?
Kak Arina : Engkau tunggu ? (pertanyaan diajukan pada guru A)
Guru A : Sorry
Kak Arina : Engkau macam mana? (pertanyaan diajukan kepada guru B)
Guru B : Engkau tanya aku, engkau sendiri boleh tunggu ?
Kak Arina : Aku tunggu.
Guru C : Biar engkau sorang je tunggu, aku tak sanggup mati kelaparan.
Kak Arina : Entahlah....tapikan aku fikirkan satu je, tak tergamak rasanya aku meninggalkan anak-anak muridku yang melambai-lambai dahagakan ILMU. Tak tergamak membiarkan mereka menagih belas kasihan meminta dibimbing, Tak sampai hati rasanya membiarkan anak2 bangsaku buta kerana tiada ILMU. Walaupun sekarang ekonomi meleset, rasanya jika aku membimbing mereka, mungkin salah seorang darinya akan mengubah Malaysia ke mata dunia. Mungkin salah seorang dari mereka akan membayar semua hutang negara dan tak mustahil salah seorang dari mereka juga akan membayar penat lelah kita dulu dengan habuan yang lebih bermakna. Apa-apapun aku tetap mengajar walau tiada bayaran, kerana pendidik ada tanggungjawab di dunia dan akhirat. Aku bukan mencari wang di dunia sahaja tapi aku mendidik juga untuk saham akhirat nanti. Aku tak anggap mendidik itu satu cara untuk aku cari wang, aku mendidik kerana amanah Allah, wang hanya sekadar satu upah hasil tenaga yang aku keluarkan tapi ianya bukan mendidik kerana Wang, Ganjaran pada aku adalah melihat kejayaan mereka. Betapa bertuahnya diriku dapat memberi sedikit ilmu yang seluas lautan kepada mereka, walaupun setengahnya tidak menghiraukan nilai didikan aku itu di mata mereka.
Guru A, B dan C : (terdiam seketika)
Guru C : Engkau pandailah arina, pusing2 engkau kenakan aku.
Kak Arina : Bukan begitu maksud aku...sekadar ingin melihat nilai pendidik dalam hati kita semua. Moga apa yang kita lakukan selama ini mendapat keredhaan Allah.